20100629

Aku suka membaca komen.

Aku taktaulah korang macam mana kan. Tapi kadang-kadang tu aku lebih suka baca ulasan dari pembaca entri itu sendiri. Bukan di blog aku saja, of course la aku suka baca komen di blog sendiri kan, tapi maksud aku di blog orang lain.

Lagi-lagi kalau entri itu hot. Sangat terhibur. Ada tu, aku siap datang balik ke entri tu semata-mata nak baca ada tak komen baru. Huhu. Lepas tu kalau aku terbaca komen yang macam bagus atau memang bagus atau kelakar, aku mesti nak klik kat profile tu dan mencari tuan punya blog. Sebab ada kemungkinan blog dia pon best. Rasa macam stalker pon ada.

Haa, dan itulah antara salah satu rahsia untuk menarik orang ke blog kita sendiri, tinggalkan komen yang best. Tapi janganlah tinggalkan sesaja nak ambik perhatian orang. Tinggalkan ulasan tu, haruslah tulus dan ikhlas. Haha, rasa macam nak raya. Puasa tak lama lagi dah. Ah, baju raya korang dah tempah belum? Okaybai.

{ANNA}

20100627

Kena jadi ustazah baru boleh bagi nasihat kot?

Dari formspring:
soal post di blog anda "Lain kali cium je terus' , anda jgn nk jd sarkastik kat org lain lah. anda pun 2x5 je. pakai tudung mcm tk pakai tudung. pehal pakai tudung nmpk tekak segala. pk blk la sblum nk ckp. apedah.
Kalau macam tu, apa kata yang tak pakai tudung tu, minum je arak terus, makan je babi, alang-alang dah buat benda haram, lepas tu agak-agak, dah bosan makan babi, boleh pergi bunuh orang pulak, biar jahat secara keseluruhan. Baru jadi haram secara sempurna. Nak baik. Biar baik sempurna 100% kan? Jahat, biar jahat betul-betul kan? Macam tu konsep kau kan?

Aku tanak defend diri aku bab pakai tudung tu, sebab memang jauh dari sempurna cara aku pakai. Aku pakai tudung ni pon sebab trend. Nak ikut Datuk Siti Nurhaliza. Dia pakai nampak leher aku pon nak pakai nampak leher.

Hmm, ingat lepas ni aku nak pakai baju kurung dengan tudung aku ni, tapi aku nak pakai kain terbelah nampak betis aku. Oh lepas tu aku rasa aku nak cuba rasa sikit arak tu, aku rasa je lepas tu aku ludah la balik, bukan telan pon, tak pon telan je terus, sebab aku bukannya pakai tudung labuh pon, aku bukan pakai jubah, tak pakai stokin tutup kaki segala apa.

Terima kasih kasih kerana kau buat aku sedar, rasa nak buat banyak lagi dosa. Jom pembaca sekalian kita buat dosa banyak-banyak selagi kau tu tak sempurna 100% tak payahlah nak buat baik. Tak guna. Kena humban masuk neraka jugak. Buat penat cuba untuk menjadi manusia yang baik.

{ANNA}

20100624

Lupakan saja.

Dua entri sebelum ini aku dah draftkan balik. Aku rasa tidak sesuai dan belum lagi masanya untuk aku ceritakan apa-apa. Sebab hal itu terlalu personal. Mungkin aku akan simpan rahsia ni sampai bila-bila.

Aku fikir blog adalah tempat yang baik untuk luahkan isi hati, tapi ada juga benda yang lebih elok disimpan dalam hati. Cuma waktu aku mendapat berita itu, aku terlalu terkejut, dan keliru. Aku tak tahu apa yang nak difikirkan.

Aku takut kalau aku ceritakan di sini, aku akan mula terlalu obses dengan emosi aku. Jadi lebih baik aku mencegahnya dari menjadi-jadi. Aku pasti, kalau aku biarkan dua entri itu, aku akan menjadi fanatik dan menulis lagi entri-entri macam tu. Sampai bila aku tak akan jumpa titik noktahnya. Bagi aku benda ini hanya ada satu penyelesaian saja, aku kena betul-betul redha, dan haruslah banyak-banyak bersyukur.

Tuhan itu terlalu indah. Segala ketentuannya mempunyai hikmah. Dan aku bodoh kalau aku tidak terima semua itu.

{ANNA}

20100614

Doa untuk Ami

Anna & Ami. Pertama kali ketemu di Bijou Bazaar. Pertama kali juga kami melihat Zee Avi secara live. Awesome! Baru jadik bini orang. Anyway, Anna tulis entri ni, sebab nak mintak anda suma pakat mendoakan agar Ami cepat sembuh. I just found out that Ami is diagnosed with Acute Myeloid Leukemia.
"HELLO, I'VE BEEN AWAY FOR QUITE A LONG TIME HAVEN'T I? UNFORTUNATELY TO SAY, I'VE BEEN DOWN WITH LEUKIMIA, RECENTLY DIAGNOSED. I'M UNDERGOING TREATMENT AT A LOCAL HOSPITAL. HOPEFULLY I CAN FIGHT THROUGH THIS. LOVELY READERS, PLEASE PRAY FOR MY SPEEDY RECOVERY. THAT'S ALL I HAVE TO SAY. TILL LATER." -Ami
Agak lambat jugaklah tahu, itupun terima kasih pada Dena & Dill masa jumpa diorang kat KLAB. Itulah pentingnya bersosial ya kawan-kawan. Duk terperap kat rumah je terus jadi katak di bawah tempurung tak tahu hal dunia di luar. Haih.

Hmm, sesiapa ada apa-apa petua ke, minum, makan, yang boleh membantu proses penyembuhan untuk Ami, harap boleh dikongsi.

Okay kawan-kawan. Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan Ami. Be strong and keep on praying. He listens. Love you bebeh. Mwahs!

{ANNA}

20100607

Lain kali cium je terus.

Aku tak pernah pon baca novel ni. Tapi memang aku pernah dengarlah, dah keluar movie ni macam ramai yang menyebutnya. Aku pon google je lah. Supaya takda rasa ketinggalan sangat. Sekali wow. Menarik sungguh posternya.

Tapi aku rasa shot tu tak cukup intim. Lain kali biarlah gambar cium terus. Baru taraf Hollywood.

Lepas tu buat nama pelakon dalam roman/laurel wreath, uh movie ni ada menang mana-mana filem festival ke? Macam movie poster Little Miss Sunshine kat bawah ni.

Apa-apa pon tahniah lah. Makin maju poster design untuk movie kat Malaysia sekarang ni ek? Aku SANGAT kagum. -_-

{ANNA}

20100605

Sejak 2001

Tak sia-sia aku bersama Pitt sejak tahun 2001. Percaya atau tidak, kasut merah dan biru Converse punca cinta aku dan Pitt mula berputik. Kenal dari chatroom mIRC matrikulasi uia-pj, aku menegurnya kerana tertarik dengan nicknamenya AdamsNotFunny, aku pula BuRnTcORnEa. Habis cool lah tu.

Masa tu tengah cuti semester. Kami berchatting dan seringkali juga aku menelefonnya. Bukak semester baru kami jumpa buat pertama kali di matrikulasi. Rupanya dia memang pernah tengok aku sebelum ni. Tapi dengan pandangan sinis. Dia kata aku poyo, sebab gelabah semacam, dahla berkasut converse merah, bawak kereta kancil dan parking betul-betul depan asrama lelaki. Masa tu asrama perempuan berhadapan dengan asrama lelaki, mana lagi aku nak parking nak jemput rakan. Dan kebetulan masa tu, aku antara orang pertama yang bawak kereta ke matrikulasi. Dan aku mengaku masa tu memang aku agak show off, sebab aku suka pasang lagu kuat-kuat. Nampak sangat nak tarik perhatian kan. Hahaha. So damn lame.

Agaknya kalau zaman tu wujudnya DSLR, aku antara remaja yang akan menggantungkannya di leher. Alah, biasalah, siapa yang tak pernah menjadi poseur masa muda remaja. Zaman aku dulu zaman grunge, yes, kasut converse rabak, dan galas beg sandang hijau askar. Pakai rantai di seluar jeans yang bersambung ke wallet. Kalau ada patches kat bag, memang gila kental. Rajin ke gig dan ikut orang pergi jamming. Selalu overnight, lepak di Uptown. Those were the days.

Berbalik pada cerita, ya Pitt memang pernah notice aku, tapi dalam aura negatif. Tulah, orang kata jangan benci-benci, nanti lelama jatuh hati. Hahaha. Yang sebenarnya aku ayat power.

Jadi, apa cerita kasut merah biru tu? Begini, ehem. Masa tu aku, kawan aku Zuraa, dan dia keluar bertiga ke Sunway Pyramid. Pitt pakai kasut biru dia, aku pakai kasut merah aku. Aku tengok kasut dia, awat bersih sangat ni. Dia kata baru basuh sebab kena selut, kotor sangat. Aku kata, aparaaa orang pakai kasut converse ni mana boleh bersih, dia kena kotor-kotor sikit. Jadi di dalam sebuah kedai, aku dengan sengaja memijak kasutnya. Dan ketika aku memijak kasutnya itu, dari ntah mana aku terasa sejuk je perut, jantung aku kencang. Awkward, aku terus berhenti memijak. Kami pun jejalan lagi, pergi makan. Then balik.

Aku telefon dia, aku tanya rasa sesuatu tak masa duk pijak kasut tu? Ropanya, Pitt pon mendapat aura yang aku rasa tu. Tak ku sangka, ingat aku sorang jaaaaaaaaaaaaa. Hahaha. Kemudian, sejak dari itu, kami makin sering berjumpa, dan sedar tak sedar kami pon berpacaran sampailah ke 3 tahun lepas, bertunang, dan setahun lepas tu, 5hb Jun 2008, kami pon bernikah. Dan pada tanggal 5hb Februari 2010, kami dikurniakan seorang manusia kecil yang kami namakan Muhammad Luqman Wazif.

Aku dengan Pitt ni sebenarnya bukan pasangan romantis. Bunga? Cokelat? Tidak sama sekali. Semalam Pitt ajak aku "Jom candlelight dinner" terus aku gelak, lepas tu terus rasa geli masa dia sebut "Lepas tu kita check in hotel.." secara automatik meremang bulu roma I. Serius geli weh. Cukuplah dengan kehadiran Pitt dan si kecil ni. Aku dah cukup bahagia.

Terima kasih Tuhan.

Dan kepada encik suami. Japikalu jaminalu. I love you so so much, sayang awak sesangak. Terima kasih sebab sudi habiskan masa dan hidup awak dengan saya ni walaupun lebih ramai perempuan hot di luar sana. Terima kasih sebab menjadi kawan baik saya selama 9 tahun ni. Tanpa awak, kemungkinan besar tidak wujudnya 'Sue Anna Joe'. Terima kasih sebab banyak bersabar dengan kerenah saya. Terima kasih sebab tak paksa saya bangun pagi, hahaha. Terima kasih sebab awak jarang sekali marah saya, saya je marah awak lebih. Terima kasih sebab awak tak pernah naik suara dengan saya walaupun saya yang salah. Dan terima kasih sebab awak bagi saya baby. Of course itu semua kehendak Tuhan, tapi awak telah menyumbang pada kewujudannya. Ahaahhaha.

Okay dah dah, hilang macho saya tulis jiwang-jiwang ni.

Semoga kita kekal bahagia dan sentiasa bersama di dunia dan akhirat. Amin. Happy 2nd anniversary!!!

Your best friend, your wife, mother of our son, and your soulmate,
Ummi Luqman

20100602

Semangat bila hangat.


Bila kembali hangat, baru lah kita nak pum pang sana sini. Padehal, Gaza itu masih berada di dalam keadaan huru hara. Ketika berlakunya serangan dahulu, kita semua sibuk dan lantang boikot sana sini.

Tapi, apa yang sepatutnya kita lakukan? Entahlah, aku nak tulis entri ni pon rasa serba salah dan hipokrit, kecoh je lebih, tapi tidak rasa macam tidak buat sesuatu yang betul-betul boleh membantu mereka di Gaza, sesuatu yang boleh membantutkan Israel. Bagaimana pula di Iraq? Dah aman ke sana? Hmm.

Cukupkah sumbangan wang, doa, rasa prihatin dan protes jalanan kita? Aku rasa kita cuba setakat yang kita mampu dengan seikhlas hati. Tetapi, ada benarnya kata salah seorang pengomen, dalam entri boikot aku dulu benda ni sekejap je, lama-lama semua dah lupa, dan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa.

KLIK SINI UNTUK MEMBACA ENTRI YG BAGUS UTK ANDA RENUNGKAN


{ANNA}
Related Posts with Thumbnails