
Alhamdulillah, finally received my Nuffnang Check. Take note that, ni bukan earning sebulan, tetapi beberapa bulan, dan banyak pon hasil dari metered campaigns. Haih kalau aku yang tak seberapa nak rajin update blog ni leh dapat macam tu, yang rajin tu tak tau lah berapa dapat sebulan, tambah-tambah ngan advertorial lagi. Deng. Tu yang sesetengah leh jadi fulltime blogger. Apa-apa pon syukur. And I also have to thank you readers for contributing to the moolah!
Okay, so I promised a contest in my previous entry right? The activity I wanted to do with the winners was to play a couple of games of laser tag. Konon nak buat kelainan la dari duk asyik belanja makan, tengok wayang, so macam syok je main tembak-tembak, kasik keluar peluh sket. Jadi ingat nak buat time hujung minggu, tup tap tengok full pulak weekends Anna. Oih, teruih dok sempak nak wak. Yelah puasa coming oredy waaat. Hard la to run run around, if thirsty how leh? So nampak gayanya harus ditunda niatku itu.
Mungkin buat aktiviti berbuka puasa sesama. Terawikh sesama pon best gak, tapi kat mana eh tempat sesuai?? Rasa agak terkilanlah sebab tak dapat nak buat contest tu lagi, yelah, nak belanja pembaca-pembacaku yang terchenta, sebab korang lah dapat earning tu kan. Tanpa uols, siapalah ai. So tengoklah macam mana plan. Ada juga rancangan nak bergabung dengan blogger lain. Hmmm. Angkat-angkat kening.
Okay, sapa pi tengok Chelsea x Malaysia dekat Stadium Bukit Jalil? Saya! Saya! Sambil angkat kaki bangkuku. Bangkuku? Hahaha. Okay. Anna ni not really a huge bola sepak fan, tapi dapat tiket courtesy of Naza World, terus jadi fan! Esok nak tiup vuvuzela kuat-kuat sambil jerit "BUSUK TAPI SEDAAAAAAAAAAAP!!". Hmm yelah tu, tak pasal-pasal crowd kat situ jerit "bukak, bukak, bukak" (siapa yang tengok video die hard Manchester United fan di match Liverpool akan paham). Tapi kalau paham pun, takdalah nak gelak kot, sebab tak kelakar pon.
Jadi hari Selasa lepas, dapat jugak pass pi training session depa. Saya pon buat syok la pakai biru macam kat dalam gambar kat bawah ni:

Weh siap gi beli baju ngan tudung tu kat Giant. Kelakar okay. Ingat nak angkat jersey terus, tapi yang ada tak ori, kualiti tak best langsung. So tak jadi, beli je baju ikut warna biru depa. Kui kui, untuk match depa dalam masa beberapa jam lagi ni pon ada baju gak. Huahauahua. Okaylah tu, dapat gak baju baru dua helai. Murah je pon, beli kat Giant je pon. Brand apa je pon. Nanti boleh la pakai pi klas juga pon.
So, aniwai, I should be asleep now. Esok sib baik klas habis awal. Kalau tak kena ponteng. Ish. Camna nak jadi pelajar cemerlang kalau macam tu kan. Dahla kelas Pengajian Islam MPW brapa tah. Kesian Ustaz, dahla Ustaz yang dari Terengganu tu baik orangnya.
Okay dah dah, makin merepek. Sorry, entri pon like kelam kabut. Macam nilah jadinya bila lama sket tak tulis. My next entry will most probably be about the game. Will try to snap lotsa pictures. Of the players mungkin susah sket nak dapat secara close up, sebab takda telephotogedabak lens. Mungkin akan lebih banyak gambar gelagat penonton. Heehee. Eksaited ni. Ada sesapa kat sini yang akan ke stadium nanti? Mana tau leh tereserempak. Kalau ter tu, tegurlah yeeeee? Jangan malu-malu! Tapi macam tak kot, mesti like ramai gila kan. Dahla ai ni kecik je orangnya. Tenggelam. Kena ada vuvuzela ni, kalau ada yang himpit, tiup kuat-kuat kat telinga dia. Tepi woii tepi "BUSUK TAPI SEDAAAAAAAAAAAAP!!!"
{
ANNA}